Sunday, August 28, 2011

Cerita Semasa!!!

Andaikata, sekali tu kan, kan, kan kan..

Korang singgah kat satu masjid untuk solat jemaah.. Lepas je iqamat dilaungkan, korang termasuk ahli jemaah kat situ pun masuk saf. Tiba-tiba satu pakcik (yang mukanya seiras-iras orang kampung tersebut, walaupun sebenarnya dia bukanlah orang kampung tersebut) yang betul-betul bediri kat sebelah korang terkentut dengan  kuatnya.. Korang pun terkejut! Walaubagaimanapun pakcik tersebut telah keluar dari saf untuk membaharui wuduknya. Kini tinggallah korang dengan satu jenis bau yang diwariskan oleh pakcik tersebut kepada korang..

Selesai solat, korang bergegas pulang ke rumah dengan perasaan hiba.. Sampai di rumah korang pun mengadu domba kepada keluarga korang; "Semua ahli jemaah yang kat masjid aku singgah tadi terkentut dengan kuat masa solat.. Teruk betullah semua orang kampung kat situ.."

Moral of the story;

  1. kalau satu yang buat, tak bolehlah hukum semua..
  2. ada orang nampak sama, tapi sebenarnya tak serupa..
  3. walaupun terkentut dengan kuat tidak manis pada pandangan orang, ianya bukanlah satu dosa..

Hello...!!!

Hello kawan-kawan tak ade cerita yang ''hot-hot'' ke.....kalau ade share ah....:D

Saturday, August 27, 2011

Petrosains Science Show Competition

     Ahlamdulillah....sekolah saya Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan Petrosains Science Show Competition peringkat kebangsaan di Bukit Kiara pada 28 Julai 2011 baru-baru ini. Sebanyak 19 buah skolah dari seluruh negeri yang menyertai pertandingan ini bagi kategori menengah rendah. Dan sebanyak 4 buah sekolah sahaja yang dapat masuk final iaitu SMK Tandek dari Sabah, SMK Nasiruddin Shah, Terengganu, SMK Bukit Mewah dari N. Sembilan dan SMJK Seg Hwa dari Johor.

     Memang susah ah nak menang sebab show-show mereka ni hebat-hebat belaka. Tapi, syukur sebab sekolah saya mendapat tempat yang kedua. SMK Bukit Mewah telah dinobatkan sebagai juara dan SMK Tandek juga SMJK Seg Hwa, kedua-dua pasukan ini telah dinobatkan sebagai tempat yang ketiga. Alhamdulillah sekolah saya telah mendapat beberapa anugerah khas seperti anugerah pasukan paling popular dan saya sendiri Muhamad Aiman bin Ismail telah mendapat anugerah peyampai  terbaik. Selain itu SMK Bukit Mewah mendapat anugerah persembahan terbaik.

    Untuk pengetahuan anda, hadiah-hadiah yang kami perolehi ialah plat, wang tunai bernilai RM 2000, Program Pembangunan Sains bernilai RM20000 dan hadiah yg berupa robot-robot dan macam-macam lagi. Jika anda ingin melihat aksi-aksi sekolah kami dan sekolah-sekolah lain membuat persembahan, anda boleh melayari laman web ini: http://www.youtube.com/watch?v=DUTOIID7FOs&feature=related.

Let's Share!!! :D

Datang ke sini dan Follow blog ini...Anda boleh berkongsi apa saja cerita disini. Tak kesahlah cite sedih, gembira, pahit, manis, kongsilah disini...:). Bolehlah kita bertukar-tukar pendapat dan meminta nasihat antara satu sama lain... Selamat Mencuba!!!

Selamat Hari Raya

Disini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat islam di seluruh dunia...saya berharap Ramadhan tahun ini meninggalkan kesan yang positif terhadap diri saya juga kepada anda semua...:) dan semoga anda semua dicucuri rahmat daripada yang maha esa.