Saturday, August 27, 2011

Petrosains Science Show Competition

     Ahlamdulillah....sekolah saya Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan Petrosains Science Show Competition peringkat kebangsaan di Bukit Kiara pada 28 Julai 2011 baru-baru ini. Sebanyak 19 buah skolah dari seluruh negeri yang menyertai pertandingan ini bagi kategori menengah rendah. Dan sebanyak 4 buah sekolah sahaja yang dapat masuk final iaitu SMK Tandek dari Sabah, SMK Nasiruddin Shah, Terengganu, SMK Bukit Mewah dari N. Sembilan dan SMJK Seg Hwa dari Johor.

     Memang susah ah nak menang sebab show-show mereka ni hebat-hebat belaka. Tapi, syukur sebab sekolah saya mendapat tempat yang kedua. SMK Bukit Mewah telah dinobatkan sebagai juara dan SMK Tandek juga SMJK Seg Hwa, kedua-dua pasukan ini telah dinobatkan sebagai tempat yang ketiga. Alhamdulillah sekolah saya telah mendapat beberapa anugerah khas seperti anugerah pasukan paling popular dan saya sendiri Muhamad Aiman bin Ismail telah mendapat anugerah peyampai  terbaik. Selain itu SMK Bukit Mewah mendapat anugerah persembahan terbaik.

    Untuk pengetahuan anda, hadiah-hadiah yang kami perolehi ialah plat, wang tunai bernilai RM 2000, Program Pembangunan Sains bernilai RM20000 dan hadiah yg berupa robot-robot dan macam-macam lagi. Jika anda ingin melihat aksi-aksi sekolah kami dan sekolah-sekolah lain membuat persembahan, anda boleh melayari laman web ini: http://www.youtube.com/watch?v=DUTOIID7FOs&feature=related.

No comments:

Post a Comment