Sunday, August 28, 2011

Cerita Semasa!!!

Andaikata, sekali tu kan, kan, kan kan..

Korang singgah kat satu masjid untuk solat jemaah.. Lepas je iqamat dilaungkan, korang termasuk ahli jemaah kat situ pun masuk saf. Tiba-tiba satu pakcik (yang mukanya seiras-iras orang kampung tersebut, walaupun sebenarnya dia bukanlah orang kampung tersebut) yang betul-betul bediri kat sebelah korang terkentut dengan  kuatnya.. Korang pun terkejut! Walaubagaimanapun pakcik tersebut telah keluar dari saf untuk membaharui wuduknya. Kini tinggallah korang dengan satu jenis bau yang diwariskan oleh pakcik tersebut kepada korang..

Selesai solat, korang bergegas pulang ke rumah dengan perasaan hiba.. Sampai di rumah korang pun mengadu domba kepada keluarga korang; "Semua ahli jemaah yang kat masjid aku singgah tadi terkentut dengan kuat masa solat.. Teruk betullah semua orang kampung kat situ.."

Moral of the story;

  1. kalau satu yang buat, tak bolehlah hukum semua..
  2. ada orang nampak sama, tapi sebenarnya tak serupa..
  3. walaupun terkentut dengan kuat tidak manis pada pandangan orang, ianya bukanlah satu dosa..

No comments:

Post a Comment